Tuesday, November 16, 2010

Ilmu Pengetahuan Ke Arah Tauhid


Demikian banyak cabang-cabang ilmu pengetahuan di dunia ini, jika kita merenungi secara mendalam maka bahagian ilmu pengetahuan tersebut akan membawa kepada suatu jalan yang menyatu. Pada awalnya memang ilmu pengetahuan tersebut tidak mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain tetapi kalau kita menelaah lebih dalam lagi maka seluruh cabang ilmu pengetahuan itu kelihatan mengarah kepada satu tujuan.

Di dalam dunia sains misalnya, Fizik dan Matematik adalah dua cabang ilmu yang berbeza. Matematik adalah ilmu bilangan yang digunakan dalam menyelesaikan masalah kira-mengiira sedangkan Fizik adalah ilmu tentang zat dan energi. Kimia adalah ilmu tentang susunan sifat dan reaksi dari suatu unsur dan zat. Di dalam setiap zat terdapat ilmu Fizik dan juga ilmu Kimia. Begitu juga halnya dengan elemen Biologi di dalam beberapa zat.

Jadi, seluruh gejala di dalam alam raya ini kesemuanya mempunyai hubungan dengan keempat-empat kekuatan asas tersebut. Dan menurut pakar ilmu pengetahuan , keempat kekuatan tersebut pada hakikatnya bukan empat melainkan satu kekuatan yang zahir dalam berbagai corak. Dari sudut pandang mana pun kita menelaah ciptaan Allah di alam raya ini, akhirnya pasti akan sampai juga kepada Tauhid. Teori inilah yang dikembangkan oleh Profesor Abdus Salam iaitu 1.Daya Garviti, 2.Daya Elektromagnet, 3.Daya Nuklear lemah, 4.Daya nuklear kuat.

Demikian juga halnya di dalam ilmu pengetahuan kerohanian. Jika diperhatikan dengan saksama, maka kita akan terbawa kepada satu kesatuan iaitu menuju ke arah Tauhid. Semakin dalam pengetahuan seseorang tentang ilmu kerohanian maka akan semakin dalam pandangan yang akan diberikan kepadanya. Tidak ada satu pun ilmu kerohanian yang pada akhirnya tidak membawa manusia kepada takwa dan takwa itu sendiri pada akhirnya akan membawa manusia kepada ketauhidan.

Oleh kerana itu manusia jangan berusaha menghapuskan tauhid alam semesta. Seluruh bangsa diikat dengan benang tauhid dalam satu bentuk jambangan bunga. Apabila perbezaan warna kulit dan bangsa disatukan dengan sifat tauhid maka akan timbul sifat-sifat yang ada pada sifat-sifat Ilahi. Adanya hubungan dengan Rasulullah s.a.w kita terikat dengan sifat-sifat Tuhan kerana sifat-sifatnya yang akan mempertemukan kita dengan Tuhan. Tanpa memilikinya kita tidak akan mampu menyampaikan misi ke seluruh dunia. Perhatikanlah sifat-sifat Tuhan tersebut dalam diri kita bukan sifat peribadi suatu bangsa. Oleh kerana itu tenggelamkanlah diri kita di dalam Tauhid, di dalam inilah terpeliharanya Islam dan hasil keuniversalan Rasulullah s.a.w sahajalah dapat mempersatukan umat manusia di dunia.

Abdul Latief Ahmad
Plentong, Johor

No comments:

Post a Comment