Tuesday, November 16, 2010

Memakai Tudung Dalam Kristian



Islam pernah diserang dengan mengetengahkan masalah berkaitan wanita. Isu besar yang timbul ialah masalah hijab atau tudung atau burkah. Sebenarnya arahan menutup aurat yang terdapat dalam Al-Qur’an adalah untuk menjaga maruah wanita, untuk mengangkat martabat wanita dan bukan sebagai penjara atau kurungan. Ini dijelaskan dalam surah An-Nur ayat 31.

Di sini diberikan rujukan daripada kitab Injil mengenai ajaran bertudung agar pengkritik-pengkritik Islam dapat menyedari tudung bukan hanya terdapat dalam ajaran Islam.

Dikatakan “Seorang perempuan janganlah memakai pakaian laki-laki dan seorang laki-laki janganlah mengenakan pakaian perempuan, sebab setiap orang yang melakukan hal ini adalah kekejian bagi TUHAN, Allahmu. (Ulangan 22:5).

Kemudian dikatakan lagi ‘tiap-tiap laki-laki yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang bertudung, menghina kepalanya, tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya, sebab perempuan yang tidak mahu menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya, tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya. Sebab laki-laki tidak perlu menudungi kepalanya, ia menyinarkan kemuliaan Allah, tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan laki-laki.’ (1 Korintus 11:4-7).

Seperti orang-orang Eropah yang tegas dalam menyuarakan ‘jangan menutup aurat’, ini adalah sama sekali tidak sesuai. Kebebasan wanita seperti ini adalah akar perbuatan yang memalukan. Lihat bagaimana keadaan akhlak rakyat negara-negara yang mengamalkan kebebasan seperti ini. Jika dengan kebebasan dan ‘jangan menutup aurat’ ini telah menimbulkan perasaan malu, dan ramai yang menjadi suci, maka kita akan akur bahawa kita salah anggap terhadap mereka. Tetapi keadaan ini memang amat jelas apabila ada lelaki dan gadis muda berdua-duaan, juga ada kebebasan dan tidak menjaga batasan, lihat betapa bahayanya hubungan di antara mereka. Pandangan berahi dan keinginan yang kuat akan menewaskan kebanyakan insan. Dan lagi, keadaan di mana wanita menutup aurat pun boleh terjadi perbuatan yang memalukan, adakah dalam suasana kebebasan sebegitu tidak akan berlaku apa-apa?

Renungkanlah dan bukalah mata untuk keadaan masyarakat kita hari ini. Adakah ia berada pada tahap selamat?

No comments:

Post a Comment