Tuesday, November 16, 2010

Islam Atau Muslim

Islam atau Muslim bukan hanya tertuju kepada umat manusia yang telah beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w dan yang telah memeluk agama Islam sahaja, kerana sebelum diturunkan agama Islam dan sebelum diutus Nabi Muhammad s.a.w, sebenarnya agama hakiki yang diturunkan kepada para nabi-nabi Allah dari zaman ke zaman itu pun pada hakikatnya merupakan agama Islam dan para pemeluknya disebut Muslim.

Ini dapat dibaca dalam Al-Qur’an surah Al-Hajj yang bermaksud “Ikutilah agama bapamu Ibrahim. Dia telah menamai kamu sekalian orang-orang Muslim dari dahulu”. Bahkan bukan hanya itu sahaja, menurut Allah s.w.t Islam atau Muslim bukan sahaja merupakan ‘fitrah’ umat manusia tetapi juga merupakan fitrah seluruh alam semesta. Dalam erti kata bahawa semua ciptaan Allah s.w.t tanpa terkecuali, semuanya ‘berserah diri ‘ kepada Allah. Inilah yang dikatakan Muslim.

‘Padahal kami sentiasa bertasbih dan memuji Engkau dan mensucikan Engkau’. Dengan demikian, untuk menyelaraskan diri dengan hukum-hukum Islam hendaknya setiap orang yang mengaku dirinya Islam atau Muslim lazim melarutkan dirinya di dalam sifat-sifat Tasbihiyah kepada Allah barulah ia layak disebut sebagai khalifatullah di muka bumi.

Kerana agama tidak hanya membuat manusia menjadi baik dan membuat hidup damai dan harmoni tetapi tujuan utama agama ialah membawa manusia berkomunikasi dengan Tuhannya. Tanpa itu manusia tidak akan memperoleh keselamatan (najat) dan kejayaan.

Justeru itu pergunakanlah kemampuan yang terbaik di alam ini dengan sebaik-baiknya. Sekiranya kemampuan terbaik tadi telah dianugerahkan oleh Allah tidak dipergunakan dengan betul maka martabat manusia akan dijatuhkan dari martabatnya yang tinggi sebgaia makhluk yang paling sempurna ke martabat yang paling rendah dari segala-galanya.   

Abdul Latief Ahmad
Plentong, Johor

No comments:

Post a Comment